Thursday, December 16, 2010

cinta org beriman tu buta,cinta org xbriman buta melulu


Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~


Salam to all readers~ =) Cinta orang beriman itu pon butakah? Walhal orang mukmin itu sedaya upaya menjaga hatinya dari cinta buta....








Sayidina Abu Bakar r.a pernah berkata kepada anaknya,


“Jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!” 

Mus’ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya,



“Jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad.”





Teguhnya cinta mereka kepada Islam, biar berpisah dari keluarga asalkan maruah agama terjaga.






Kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Abu Talib memberikan segala-galanya kepada Rasulullah, perlindungan, kasih sayang, dan semangat.





Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling menyayangi. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, Nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan memujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tapi, hidayah hanya milik Allah, hanya Allah tahu mengapa hidayah itu tidak menjadi milik Abu Talib.




Rasulullah bersedih di atas pemergian Abu Talib orang yang paling dicintainya. Namun, apakan daya, hidayah hanya milik DIA.




Kisah cinta seterusnya adalah pada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah.















Cinta orang mukmin itu 'buta' kepada segala kesusahan dalam menahan diri yang haram. Tidak ada istilah TIDAK dalam melaksanakan perintah Allah. Mereka berkata 'sami'na waato'na' kami dengar dan kami taat setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta dari Allah. Mereka tidak kisah perjuangan mereka dipenuhi onak duri asalkan cinta Allah menjadi milik diri. Mereka tidak kisah bersusah payah berjuang asalkan redha Allah menjadi milik diri.


Cinta buta yang positif. Bukan buta melulu, cinta buta melulu hanya orang yang lemah iman. Berkorban tidak kena tempat. Telah saya nyatakan dalam lembaran lalu. Seseorang itu akan menjadi hamba kepada 'apa' atau 'siapa' yang dicintainya. Terserah kepada akal dan hati untuk menilai. 

2 comments:

Ez KeDaH said...

hahahhakkkk
ingat kew syg ny x pandai nak wat blong rupa-rupanya pandai lew.........satu jew kurang x ltak gambar mom hahhahahhah.....:p
buwek

LiLi _ LeNeH said...

yolah tuuu..,sty lah kna pndy boad..haha..pic mom??hahaha..lupa sudaa..blom boad status keluarga ag,hehe..may be soon..

Post a Comment